Perkataan Panjang
Dalam perjalanan balik dari rumah Emak Abah, aku dan isteri tercinta mengajar Hakim menyebut perkataan yang mempunyai 3 suku kata seperti ‘kereta’, ‘sepatu’, ‘motokar’ dan ‘pelana’. Hakim yang berusia 2 tahun sudah lancar menyebut perkataan – perkataan pendek yang mempuyai 2 suku kata tetapi masih belum menguasai perkataan-perkataan panjang. Melihat kesungguhan kami, Hanisah 3 tahun setengah turut mengajar adiknya.
Hanisah : TV
Hakim : TV
Aku : Hanisah ajar perkataan panjang-panjang. Perkataan pendek Hakim dah tau.
Hanisah: Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Viiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Hakim : Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Viiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Hujan Lebat
Aku meminta Hakim mematikan televisyen kerana hujan lebat dan kedengaran guruh di langit.
Hanisah : Abah tau ka pasai apa hujan lebat?
Aku : Ha pasai apa hujan lebat?
Hanisah: Sebab ada giant kat atas awan. Dia sedang mandi. Kalau dia mandi sikit-sikit, hujan rintik. Kalau dia mandi banyak-banyak, hujan pun lebat la.
Penjelasan anakku yang berusia 5 tahun. Aku pernah terbaca mythologi Greek yang menerangkan kejadian alam seperti penjelasan yang dibuat oleh Hanisah tadi.
Pemburu Haram
Aku menunggu di dalam kereta bersama Hanisah dan Hakim sementara isteri tercinta membeli barang keperluan harian di kedai runcit. Di dalam kereta, Hanisah dan Hakim memerhati pemilik kedai runcit sedang bermain dengan anak-anak kucingnya yang diletakkan di dalam sangkar.
Hanisah : Abah tengok tu Pemburu Haram ( sambil jarinya menunding kepada pemilik kedai runcit)
Baju
Hakim kalau tidur sering tidak berbaju. Mungkin kerana badannya yang berisi membuatkan diri terasa panas dan tidak selesa jika memakai baju sewaktu tidur.
Aku : Hakim pasai tidoq tak pakai baju?
Hakim : Abah? (soal Hakim kembali kepadaku kerana aku juga tidur tanpa berbaju)
2 comments:
pandai Hakim!!!!!
Like father like son hehehe
Post a Comment